Peranti Oppo Reno Seterusnya Mungkin Dilancarkan Pada November Ini

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 4:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengganti untuk siri Oppo Reno12 berkemungkinan tiba pada bulan ini. Sekaligus meningkatkan persaingan dalam pasaran telefon pintar pertengahan premium dengan sebilangan jenama lain. Perkara ini mendapat perhatian selepas ia tular di media sosial melalui satu catatan di Weibo tetapi tidak pula diperincikan butiran selanjutnya.

image is not available
Oppo Reno12 Pro 5G

Kalau ikutkan memang tidak mengejutkan kerana Oppo melancarkan telefon baharu Reno setiap 6 bulan. Turut dijangka Oppo boleh mengambil kira beberapa tumpuan lain untuk manfaat pengguna secara keseluruhan. Ia termasuklah seperti kapasiti bateri lebih besar, sistem kamera dipertingkatkan dan lain-lain. Formula turut dijangka sama seperti sebelum ini di mana Reno13 dan Reno13 Pro boleh diumumkan melaluinya.