Peranti Realme Dengan Kamera 200MP Bakal Ke Pasaran Global Pada Bulan Hadapan

TechnologyDigital
17 May 2023 • 2:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semakin banyak persaingan peranti bersensor besar menjadikannya industri peranti pintar semakin menarik dengan pelbagai pilihan disediakan buat pengguna. Misalnya seperti telefon pintar yang menggunakan kamera 200MP bersama OIS terbina.

Realme juga dilihat turut serta dalam persaingan ini menerusi pengenalan Realme 11 Pro+ yang menjadi antara peranti terawal Realme dengan kamera 200MP dan OIS terbina. Ia juga diiklankan menyokong teknologi zum nirhilang (lossless) mencapai 4X yang secara teknikal kita juga boleh menyasarkan Realme menggunakan perisian AI dalam meningkatkan kualiti imej. Pengenalannya i juga dianggap menarik kerana boleh menjadi pesaing kepada beberapa pengeluar sedia ada seperti Samsung, Xiaomi dan Redmi.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, Realme kini telah mengesahkan bahawa siri baharu berkenaan bakal ditawarkan untuk pasaran global. Ia dijadualkan tiba sekitar bulan Jun akan datang tanpa tarikh pelancaran yang didedahkan setakat ini. Penggunaan perkataan siri juga memberi gambaran akan terdapat lebih daripada satu variasi yang akan disediakan kelak.