Peranti Samsung Dengan One UI 6.0 Boleh Menjadi Kamera Web Pada Windows

TechnologyDigital
8 Feb 2024 • 11:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft tahun lepas telah menguji kemampuan menjadikan peranti Android sebagai kamera web untuk komputer Windows menerusi aplikasi Phone Link. Selepas Samsung mengumumkan kerjasama mereka dengan Microsoft untuk menjadikan telefon Galaxy sebagai kamera web Windows, butiran awal mengenai peranti yang disokong telah didedahkan.

Menurut Android Police, ciri ini akan terhad kepada peranti Samsung yang menjalankan One UI 6.0 sahaja. Kemudian sambungan dengan Phone Link pula terhad kepada laptop di bawah siri Galaxy Book sahaja. Ciri ini dikatakan akan diedarkan kepada pengguna sekitar bulan Mac tidak lama lagi.

Ciri ini turut dijangka akan diberikan kepada pengguna Samsung Galaxy S24 terlebih dahulu. Selepas peranti disambungkan, kamera pada peranti turut boleh menyokong ciri Auto Framing dan Background Blur. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi ciri ini dan tarikh bila ia akan diedarkan kepada pengguna Android dan Windows lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved