Perarakan Pemuda Pas bersama replika senjata cetus polemik

19 Feb 2023 • 3:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar tular di media sosial menunjukkan peserta perarakan membawa replika senjata bersama kostum yang dipakai. - Foto Media sosial.

image is not available
Replika pedang gergasi antara yang digunakan ketika perarakan itu. - Foto Media sosial

KUALA TERENGGANU - Perarakan sekumpulan Pemuda Pas bersama replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 yang berlangsung pada 17 dan 18 Februari di Setiu mencetuskan pelbagai polemik di media sosial.

Satu hantaran di media sosial Facebook pagi Ahad mempertikaikan tindakan itu yang disifatkan mempamerkan sisi 'ganas' parti tersebut.

Status tersebut mempersoalkan tindakan kumpulan itu memakai kostum dan membawa replika senjata kerana katanya Islam tidak berkembang ke seluruh pelosok dunia melalui peperangan.

Difahamkan, perarakan itu merupakan antara pengisian sepanjang progran Himpit 2023 yang berlangsung selama dua hari di Setiu.

Setiap kontinjen Pemuda Pas dari lapan daerah mempamerkan kreativiti masing-masing dalam merebut juara bagi kategori perarakan.

Difahamkan perarakan kontijen Marang itu turut membawa bersama replika pedang gergasi dan konvoi bermotosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sedang menyiasat isu itu yang kini tular di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved