Peraturan Baru Daftar Prabayar Akan Perlukan Kanak-Kanak 12 Hingga 17 Tahun Didaftar Melalui Ibubapa Atau Penjaga

LocalTechnology
15 Oct 2025 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini dalam fasa mendapatkan pandangan dan maklumbalas orang ramai berkaitan piawaian mandatori pendaftaran pengguna prabayar yang baharu. Melaluinya, beberapa perkara berubah, dalam terus memastikan pengguna dan penggunaan perkhidmatan berkaitan terlindung dan tidak disalah guna.

Beberapa perubahan akan diperkenalkan dibawah peraturan baharu, termasuk salah satunya adalah individu berumur 12 hingga 17 tahun diwajibkan menjalani proses pendaftaran melalui ibu bapa atau penjaga sah. 

Selain itu, peraturan baharu ini turut akan memperkenalkan had baharu untuk jumlah kad SIM yang boleh didaftarkan atas nama seseorang individu, sekaligus mengurangkan penyalahgunaan kad SIM.

Tidak setakat itu, peraturan baharu ini turut akan membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil bukan sahaja terhadap penyedia perkhidmatan, tetapi juga terhadap pengedar yang terlibat dalam proses pendaftaran pengguna prabayar – sekaligus memastikan akauntabiliti rentas rantaian pendaftaran, serta mengurangkan penyalahgunaan.

SKMM kini membuka penerimaan maklumbalas dan pandangan daripada orang ramai sehingga 28 November 2025 kelak, sebelum peraturan baharu ini dibawa ke fasa seterusnya.