Perayaan perkuat hubungan antara banduan, keluarga: Poon

17 Jun 2024 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Penjara bukan alasan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan, kata Pengerusi DAP Sabah merangkap Adun Tanjong Papat Datuk Frankie Poon.

Poon berkata salah satu peluang untuk mengeratkan hubungan antara banduan dan keluarga adalah melalui sambutan perayaan seperti Hari Raya, Krismas mahupun Pesta Menuai.

“Peluang berkumpul bersama keluarga pada hari perayaan boleh memotivasikan banduan untuk menjadi versi terbaik diri mereka.

“Justeru, menggalakkan mereka menjalani kehidupan yang baik apabila dibebaskan nanti,” kata Poon pada program Jalinan Kasih sempena sambutan Kaamatan dan Gawai di Dewan Mini Taman Wira pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more 10 banduan diberi peluang untuk menghadiri program tersebut dan dapat bertemu keluarga masing-masing di mana mereka dihidangkan juadah yang lazat dan dihiburkan dengan persembahan muzik.

Poon memuji usaha Jabatan Penjara Sandakan yang diketuai pengarahnya, Ab Nasif Sarahan kerana menjalankan pelbagai program pemulihan kepada banduan.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat pelbagai program sedang dijalankan di penjara. Saya percaya kemahiran ini akan bertahan apabila dibebaskan setelah selesai menjalani hukuman.

“Saya juga mendapat tahu bahawa bilangan banduan di Penjara Sandakan semakin berkurangan dari semasa ke semasa yang merupakan satu berita baik,” tambah Poon.

Poon juga melawat bilik gim yang dibina dengan sedikit sumbangan daripadanya.

Beliau percaya ia akan membantu meningkatkan semangat dan kecergasan fizikal para warden.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.