Perbarisan Hari Sukan Dengan ‘Vibe’ Kurier Penghantaran Buat Ramai Rindu Zaman Sekolah [Video]

LocalEntertainment
23 Oct 2024 • 12:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
hari sukan tema kurier

Memang tidak dapat dinafikan hari sukan sekolah merupakan antara salah satu acara yang dinantikan oleh para pelajar dan guru pada setiap tahun.

Mana tidaknya, selepas asyik belajar dan mengulang kaji pasti mereka mahu melepaskan stres pula dengan cara berseronok dengan rakan-rakan sambil menyihatkan badan.

Antara acara yang bakal dianjurkan dalam temasya sukan yang ditunggu-tunggu itu adalah seperti perlumbaan lari, lompat tinggi, lompat panjang, tarik tali, perbarisan rumah sukan dan banyak lagi.


Perbarisan Hari Sukan Sekolah Bertemakan Syarikat Kurier Penghantaran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang guru wanita dikenali sebagai Cikgu Ezah (@ezahjoe) berkongsi suasana hari sukan sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Lain daripada lain, sekolah berkenaan telah tampil dengan tema perbarisan rumah sukan yang sangat menarik iaitu bertemakan syarikat kurier penghantaran. Setiap rumah sukan pula perlu memilih kurier yang mempunyai tema warna yang sama seperti mereka.

Rumah sukan merah telah tampil memperagakan pakaian bertema Ninja Van. Bukan sahaja memakai baju berwarna merah malah mereka juga menyediakan van kurier berkenaan sebagai prop.

Kemudian, rumah sukan ungu pula dilihat tampil dengan idea kreatif mereka. Mereka telah memilih untuk berlakon sebagai pekerja FedEx. Perkara yang mencuri perhatian adalah ketua perbarisan yang berada di barisan hadapan dilihat memakai prop kapal terbang dengan simbol syarikat itu.

image is not available
Sumber: TikTok (@ezahjoe)

Yang seterusnya adalah Lalamove buat rumah sukan jingga. Setiap ahli perbarisan dilihat menyarungkan beg penghantaran sama seperti rider LalaMove. Maskot pun ada!

Selain itu, rumah sukan warna biru pula juga tak terlepas untuk mengenakan pakaian bertemakan kurier Bungkusit, rumah sukan kuning sebagai DHL dan rumah sukan warna hijau sebagai Grab.

Bagi memeriahkan lagi suasana tersebut, pasukan Grab telah membuat satu penghantaran khusus buat guru di atas pentas. Memang comel.

@ezahjoe Hari Sukan Sekolah dengan tema syarikat kurier penghantaran…niceee semuanyaa😍😍😍#sukansekolah #temasukan #kurier #delivery #kejohananolahraga #sukan2024 #sekolah ♬ Ku Bahagia.Melly Goeslaw – Zee5


Orang Ramai Teruja Lihat Tema ‘Next Level’ Perbarisan Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja dan memuji idea luar kotak oleh sekolah tersebut bagi memeriahkan acara.

“Kreatif betul cikgu-cikgu sekarang. Dulu masa kita sekolah tak ada J&T semua benda ni. Balik-balik tema rumah sukan ikut taman perumahan je,” kata seorang lelaki.

Malah suasana perbarisan sekolah yang meriah itu membuatkan segelintir individu meluahkan rasa rindu untuk bergelar pelajar semula.

“Ya Allah seronok tengok gelagat adik-adik ni. Rindu nak kembali di zaman kanak-kanak,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga yang memuji anak-anak murid kerana bersemangat bagi menghidupkan hari sukan sekolah tersebut.

“Aku salute adik-adik ni. Kadangkala, ada yang asyik tak hadir sebab beri alasan tak sihat. Tapi bab sukan dan acara tahunan, walaupun latihan hanya sekejap tetapi masih boleh jadi (buat acara sukan),” kata seorang wanita.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@ezahjoe)

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved