Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak 33.8% kepada RM61.2 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama 2023 - DOSM

19 Dec 2023 • 12:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak 33.8% kepada RM61.2 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama 2023 - DOSM

zulfadli

19/12/2023 - 12:49

KUALA LUMPUR 19 Dis - Malaysia mencatatkan peningkatan perbelanjaan domestik sebanyak 33.8% kepada RM61.2 bilion pada sembilan bulan pertama 2023, berbanding tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, secara keseluruha, prestasi pelancongan domestik Malaysia sehingga September 2023 merekodkan 156.6 juta pelawat domestik, meningkat 25.4% berbanding setahun sebelumnya.

Beliau berkata, pelancongan domestik di Malaysia merekodkan 53.4 juta pelawat domestik pada suku ketiga 2023, meningkat dengan ketara iaitu 24.3% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, bagaimanapun, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pelawat domestik menurun sedikit -2% berbanding suku kedua 2023.

"Perbelanjaan pelancongan domestik mencatatkan RM20.1 bilion, meningkat 33.8% tahun ke tahun, tetapi perbandingan suku tahunan menurun -8.3%," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai prestasi indeks berkaitan industri pelancongan pada suku ketiga 2023, indeks hasil taman tema meningkat 64.1% tahun ke tahun, diikuti ketibaan di lapangan terbang domestik (+18.2%), trafik lebuh raya (+10.7%), jualan runcit bahan api (+6.6%) dan hasil zoo (+0.6%).

Sementara itu, indeks hasil penginapan juga meningkat dengan merekodkan 20.3%.

image is not available

Kadar penghunian hotel lima bintang meningkat 6.9%, diikuti oleh hotel empat bintang (+5.4%), hotel tiga bintang (+32.9%) dan hotel dua bintang/chalet/ motel (+9.3%).

Kadar penghunian mengikut lokasi di pantai dan bandar masing-masing meningkat 5.1% dan 9.9%, berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. - DagangNews.com