Perbezaan Semenanjung Malaysia Dengan Sabah Dan Sarawak

Local
26 Apr 2023 • 3:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Walaupun banyak perbezaan, tetapi tetap satu Malaysia!

Perbezaan Semenanjung Malaysia Dengan Sabah Dan Sarawak. Terdapat perbezaan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dari segi kepercayaan agama, perbezaan iklim, sistem gunung lipat, perbezaan tempat utama, perbezaan permainan serta makanan tradisional yang sedap. Dibawah adalah huraian mengenai perbezaan yang dinyatakan.

1. Perbezaan Kepercayaan dan Agama

image is not available
Sumber: Tribun

Bagi perbezaan kepercayaan dan agama di Semenanjung Malaysia, terdapat ramai rakyat Malaysia yang menganut agama Islam dan merupakan dari bangsa Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak, kebanyakkannya ialah agama dan bangsa mereka bercampur aduk dan sebilangan besar mereka merupakan agama kristian.

2. Perbezaan Iklim

image is not available
Sumber: gramedia

Bagaimanapun, perbezaan iklim pada waktu pagi di semenanjung ialah dalam jam enam hingga tujuh siang masih gelap, namun di Sabah dan Sarawak agak berbeza iaitu pada jam tersebut sudah terang benderang.

Pada waktu malam pula, berlaku sebaliknya seperti pada pukul enam hingga tujuh petang cuaca di semenanjung masih cerah lagi. Manakala, di Sabah dan Sarawak jam 6 sudah pun gelap.

3. Sistem Gunung Lipat Berbeza

image is not available
Sumber: Wiki

Selain itu, terdapat  sistem gunung lipat muda dan gunung lipat tua iaitu

i) Gunung lipat tua berada di semenanjung Malaysia. Dikira stabil dan gegaran gunung berapi kurang untuk berlaku

ii) Gunung lipat muda berada di Sabah dan Sarawak, tidak stabil kerana gegaran gunung berapi aktif dan menyebabkan sering berlakunya gegaran gunung berapi

4. Perbezaan Tempat Utama

Sumber: Mai Singgah

Jika di semenanjung,tempat utama yang para pengunjung akan pergi ialah di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), jika di Sabah dan Sarawak,tempat utama nya ialah di Gunung Kinabalu

Perbezaanya adalah di semenanjung malaysia tempat utama adalah suasana yang padat dan ramai. Manakala, suasana tempat utama di Sabah dan Sarawak adalah suasana flora dan fauna

5. Permainan Tradisional

image is not available
Sumber: MPU Malaysia Boleh

Di semenanjung Malaysia terdapat congkak, wau, batu seremban, sepak raga, teng teng, dan gasing. Manakala di Sabah dan Sarawak, permainan seperti rampanau, itut, bidar lukut, gendang pampat, mengeleng balau dan rondes patut diketengahkan.

6. Makanan Tradisional

image is not available
Sumber: Raja Lepak

Semenanjung Malaysia mempunyai banyak makanan tradisional iaitu terdapat Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Rendang, Ketupat dan Lemanag.

Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat makanan-makanan yang unik iaitu Latok, Laksa Sarawak, Mee Kolok, Ambuyat, Barobbo dan Kuih Jala.

Baca juga kisah yang berkaitan:

View Original Article