Perbicaraan kes pembunuhan pemandu e-hailing. Ada kesan ‘lebih kurang’ darah pada kereta: Saksi

23 Jan 2024 • 10:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Jurufoto polis bagi siasatan kes bunuh membabitkan pemandu e-hailing memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau pada Isnin bahawa terdapat kesan ‘lebih kurang’ darah pada kenderaan Myvi yang ditemui di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, pada Januari tahun lalu.

Detektif Sarjan Lasim Jumadi, 52, berkata, kedudukan kesan darah tersebut di antara pintu belakang dengan pintu depan sebelah kiri iaitu di tengah-tengah.

Saksi ke-12 perbicaraan kes bunuh yang masuk ke hari lima itu menyatakan demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Low Win Hun.

Lasim yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau, sebelum itu disoal peguam Datuk Ansari Abdullah berkenaan kesan darah pada kenderaan yang mana, dia mengambil gambar kenderaan itu.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Saksi juga menjawab ‘ada’ kepada soalan peguam Datuk Ram Singh sam aada dia melihat kesan merah (darah) pada tempat duduk kenderaan tersebut dan juga di luar kenderaan.

Terdahulu, Lasim dalam pernyataan bertulis menyatakan dia bertugas sebagai jurugambar tempat kejadian, barang kes dan bedah siasat dalam kes itu.

Menurutnya, pada 16 Januari 2023 sekitar 12.45 tengah hari, dia dimaklumkan pegawai penyiasat 24 jam, Inspektor Aslinah Asikin berhubung penemuan satu mayat di kebun sawit Jalan Anjur Juara.

Lasim kemudiannya menyediakan peralatan yang hendak dibawa ke lokasi selepas diarahkan Inspektor Aslinah dan membawa kamera Digital Canon EOS 60D serta memori kad SDHC Toshiba 8GB dan mereka bergerak ke lokasi kejadian.

Dia merakam 11 keping gambar di lokasi kejadian seperti diarahkan pegawai penyiasat, ASP Yusman Shari Marinsah.

Pada 17 Januari 2023, dia merakam 23 keping gambar pemeriksaan kenderaan Myvi semasa pasukan forensik melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan itu di perkarangan IPD Tawau atas arahan Inspektor Saizul Farhan Mahali.

Pada 18 Januari 2023 pula, Lasim merakam 160 keping gambar bedah siasat si mati di Kamar Mayat Hospital Tawau atas arahan ASP Yusman.

Pada 25 Januari 2023 pula, Lasim merakam 16 keping gambar pemeriksaan Myvi itu semasa pasukan forensik menjalankan pemeriksaan.

Kemudian pada 28 Januari 2023, dia turut merakam 30 keping gambar Proton Exora di IPD Lahad Datu atas arahan ACP Dr Mohd Hakim Hashom.

Pada 31 Januari 2023 pula, Lasim merakam 23 keping gambar barang kes – Mitsubishi Pajero di IPD Tawau.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Tertuduh, bekas Ketua Staf Perisikan Esscom Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, berdepan dua pertuduhan bersubahat dengan enam tertuduh lain – Rosdi Kastam, 44, Dennis Ak Anit, 44, Fabian Runggam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan Vivien Fabian, 34 (orang awam) membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara 7.30 - 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Mat Zaki turut dituduh bersubahat dengan John Kennedy Ak Sanggah membunuh mangsa pada masa dan lokasi sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan disebat tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tujuh tertuduh lain pula didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan dikenakan sebat tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai DPP Khairul Azreem Mamat bersama pasukannya terdiri daripada Rohaiza Abd Rahman; Lina Hanini Ismail; Mohammad Fakhrurrazi Ahmad dan Low Win Hui.

Tertuduh; Rosdi diwakili Datuk Ansari Abdullah dan Erveena Ansari; Dennis (Hairul Vaiyron dan Luke Ressa Balang); Fabian (Sharata Masyaroh John Ridwan Lincon, Zahbia Ophent dan Mohamad Zairi Zainal Abidin).

Vivien, John, Khairul Azman, Datuk Mat Zaki dan Mohd Azlan diwakili Datuk Ram Singh dan Kamarudin Mohmad Chinki.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.