“Perbuatan Memecah Belahkan Sebuah Keluarga Adalah Tak Bermoral” – Zahirah Macwilson

Entertainment
14 Mar 2024 • 10:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zahirah

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson bersuara mengenai isu keruntuhan rumah tangga disebabkan orang ketiga.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon berdarah kacukan ini memahami perasaan isteri yang berdepan ujian rumah tangga.

Katanya, seorang wanita sepatutnya menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi perbuatan tak beradab iaitu mengganggu suami orang.

image is not available

Lebih-lebih lagi apabila tindakan itu menyebabkan keruntuhan sebuah keluarga di mana anak-anak turut terlibat.

Memecah belahkan sebuah keluarga adalah tidak bermoral.

Sejak Sabtu lalu, tular di media sosial kes khalwat melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies. Kontroversi tersebut menyebabkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah menfailkan penceraian di mahkamah.

Difahamkan, Ruhainies sehingga kini tidak menghubungi Bella untuk menjelaskan keadaan yang berlaku. Namun, Bella bertindak memaafkan sahabatnya itu sempena bulan Ramadan yang mulia.

Kredit: Instagram Zahirah Macwilson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved