Percaturan Park Minyoung Menjadi, Episod Awal ‘Marry My Husband’ Raih Rating Tinggi

Entertainment
3 Jan 2024 • 11:31 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Park Min-young kembali dengan drama baru!

“Marry My Husband” membawa kisah seorang wanita yang kembali hidup selepas dibunuh suami yang curang bersama teman baiknya.

Dalam episod awalnya, penonton dapat melihat kehidupan Kang Ji-won (Park Min-young) yang serba tak kena apabila rumah tangga yang tidak aman dek suami seperti ‘biawak hidup’ dan mertua yang garang. Malah hidupnya terus terperosok ke dalam lembah kelam apabila disahkan menghidapi kanser dan dibunuh oleh suaminya, Park Min-hwan (Lee Yi-kyung) yang ditangkap bermain cinta dengan Jung Soo-min (Song Ha-yoon).

image is not available

Walau bagaimanapun, wanita itu dihidupkan kembali ke 10 tahun lalu di mana dia masih bercinta bersama Park Min-hwan dan bekerja di pejabat yang sama. Bagi membalas dendam, Kang Ji-won mula merencana pelan untuk memusnahkan lelaki itu dan Jung Soo-min.

Terbukti popular, drama ini berjaya meraih rating yang tinggi semasa tayangan awalnya iaitu 5.2% untuk episod pertama dan menaik ke 5.9% untuk episod keduanya.

Korang boleh layan “Marry My Husband” di Prime Video!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.