Percepat laksana baki Lebuhraya Pan Borneo Sabah: Hajiji

16 May 2023 • 1:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah berbincang mengenai isu tersebut dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini pada Isnin.

“Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Hajiji turut berbincang dengan Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah untuk meningkatkan produktiviti penanaman koko di Sabah.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.