Percepat proses bawa keluar mangsa sindiket tipu kerja di Myanmar

Politics
19 Nov 2023 • 9:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

BEIJING, 19 NOV: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Beliau berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa tindakan susulan bagi memastikan proses membawa keluar mangsa dapat dilakukan dengan lebih mantap.

“Bagi pihak Wisma Putra, kita amat gembira apabila beberapa isu telah dibincangkan sewaktu lawatan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah (Yusof) dan telah mendapat persetujuan.

“Untuk kes yang berlaku di Myanmar, hasilnya amat positif apabila kita dapat menjalin kerjasama dengan China,” katanya ketika menghadiri sidang media Fadillah yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke China semalam.

Terdahulu, Fadillah berkata China telah memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

“Apabila terlibat dengan jenayah penipuan ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved