Percutian bertukar tragedi, warga Singapura dikhuatiri lemas

27 Dec 2023 • 7:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga Singapura dikhuatiri lemas akibat dipukul ombak ketika beriadah dekat pantai di sebuah hotel, di Desaru, Kota Tinggi, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.33 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49, manakala anaknya, Gabriel Ian Tan Way Ping, 16, berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Menurut Komander Masri Ibrahim, operasi mencari kini giat dijalankan.

“Operasi mencari menggunakan teknik ‘surface searching’ dan operasi pencarian masih dijalankan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi mencari melibatkan sebuah bot. — 27 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved