
Percutian Ke Hatyai Dari Sarawak Ke Thailand, Trip 4 Hari 3 Malam. Seorang individu, Mimin Ramzi memuat naik satu hantaran di laman Facebook mengenai perjalanannya dari Sarawak ke Hatyai, Thailand dengan bajet hanya RM 500 setiap orang.
Difahamkan, bajet tersebut tidak termasuk tiket penerbangan. Disebabkan perjalanan ini pada waktu cuti Gawai, harga tiket penerbangan agak mahal. Jadi bagi mereka yang ingin berjimat, boleh merancang pergi pada hari biasa kerana tidak sesak apabila tiba di Hatyai.
Hari Pertama
1.ETS 11AM – 6PM

– Menggunakan ETS gold (RM 76 seorang). Digalakkan untuk beli awal supaya dapat tempat yang selesa dalam train.
– Kelebihan ETS gold adalah murah, namun kelemahan ETS ialah lambat tiba kerana banyak berhenti dan kurang bersih.
– Makanan dijual tetapi perlu membeli awal agar dapat memilih makanan yang diingini.
– Tiba di Padang Besar pada pukul 6 petang, tetapi apabila menukar kad sim Thailand, waktu akan bertukar kepada pukul 5 petang.
2. Kad Sim DTAC

– RM 25 (internet paling laju, data tanpa had)
– Digalakkan beli di Padang Besar, terumata sekali untuk orang yang mempunyai simpanan file booking dalam telefon supaya mudah memasuki Thailand
– Ada orang yang membantu memasang kad sim, dan boleh terus digunakan.
– Internet sangat laju, termasuk di tempat-tempat terpencil sekalipun.
– Kalau beli di 7 Eleven Thailand juga boleh.
3. Van peribadi RM 30
– Setibanya di Padang Besar, terdapat sewaan van untuk pergi ke Hatyai (bersama orang yang tidak dikenali hingga van penuh), mereka akan hantar ke hadapan hotel.
– Pergi ke kaunter mereka dan bayar untuk jumlah, kemudian dapatkan resit dan stiker untuk menunjukkan bahawa telah membuat tempahan atau bayaran.
– Jangan lupa mengisi borang putih imigresen yang boleh didapati di kaunter itu. Terdapat orang yang akan membawa kita ke imigresen.
– Tiba di imigresen, kemudian pindahkan barang ke dalam van dan berjalan ke sempadan Thailand di Padang Besar dan terus ke Hatyai (dalam satu setengah jam).
4. Hotel Get Guesthouse Sang Sri Soi 4
– RM 227 (2 malam)
– Lokasinya sangat dekat dengan pusat Hatyai, boleh berjalan kaki ke mana-mana terutamanya ke pusat membeli-belah Lee Garden.
– Plug universal disediakan, jadi tidak perlu risau jika tidak membawa travel plug.
– Cantik, bersih, ada pemanas air dan penghawa dingin.
– Air mineral dan 2 in 1 disediakan.
– Tetapi jika lebih daripada 3 orang, mungkin perlu menyewa bilik tambahan kerana ruang terhad.
5. 7 Eleven

– Singgah 7 Eleven jika mahu tukarkan duit kepada jumlah yang kecil kerana akan sukar untuk mendapatkan duit kecil di gerai.
– 7 Eleven terdapat di mana-mana.
– Banyak makanan Halal tetapi beberapa gerai di 7 Eleven cepat habis diborong.
– Boleh beli kad sim murah di 7 Eleven.
– Boleh beli pelembut kain (softener) murah dan detergen murah juga.
6. Asean Night Market

– Tempat terbaik untuk makan, mempunyai banyak pilihan dan harga yang murah
– Bagi mereka yang suka shopping, ada banyak pilihan dan harga berpatutan.
– Datang awal sebelum waktu makan malam untuk mendapatkan meja, jika tidak, perlu menunggu tempat.
– Penjual kebanyakannya Melayu Islam dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
7. Greenway
– Terdapat banyak jenis pakaian bergaya, iaitu style Korea dan Thailand.
– Murah, range baju berharga 150 baht dan ke atas.
– Buka dari 5PM sehingga 10PM sahaja.
– Sediakan 2000 baht untuk shopping (atau lebih)
Hari Kedua
1. Dim Sum Chabura

– Tempat yang viral, sedap dan murah.
– Datang awal supaya tidak perlu beratur lama.
– Buka pada pukul 6 pagi.
– Thai tea mereka sangat sedap!
– Selain dim sum, terdapat menu lain yang boleh dipesan.
2. Sewa Tuktuk
– Ambil pakej sehari travel menggunakan Tuktuk
– Di luar Dim Sum Chabura, terdapat ramai pemandu tuktuk yang boleh ditanya untuk disewa.
– 1500 baht sehari (bahagi kepada 4 orang yang pergi)
3. Jalan Jalan Ke Songkhla
-Di luar Hatyai terdapat banyak tempat tarikan pelancong. Ia hanya mengambil masa 20-30 minit untuk sampai ke Songkhla.
4. Seaverse
– Tempat baru yang menjadi tumpuan pelancong.
– Cantik untuk bergambar.
– Masih ada beberapa tempat yang dalam pembinaan.
– Tidak digalakkan membeli barang di sini kerana mahal.
– Bayaran masuk seorang 30 baht.
5. Songkhla Central Mosque
– Kalau pergi hari Jumaat, boleh singgah untuk solat Jumaat bagi umat Islam.
– Bagi yang tidak solat boleh makan di gerai di luar masjid, sedap dan murah, terutama sekali Tomyam.
– Khutbah dalam bahasa Thai, dan sila bawa sejadah untuk travel, kerana di masjid tersebut hanya solat beralaskan lanatai sahaja.
6. Tang Kuan Hill
– Boleh melihat pemandangan bandar dan laut, seperti pergi ke Bukit Bendera di Pulau Pinang.
– Hanya limited attraction semasa berada di atas.
– Ada bayaran tiket (hanya beberapa ringgit sahaja).
7. Samila Beach

– Pantai yang bersih dan cantik.
– Tidak sesak mungkin kerana hari Jumaat.
– Terdapat patung puteri duyung (perlu berjalan ke hujung pantai).
– Terdapat kuda yang boleh dinaiki.
– Pemandu tuktuk akan mencadangkan tempat makan di kawasan restoran di sana, namun tidak digalakkan kerana mahal dan perkhidmatan perlahan. Anda boleh berjalan terus ke kawasan pantai.
8. Khlong Hae Floating Market
– Buka dari pukul 3 petang hingga 8 malam sahaja.
– Tempat wajib singgah, terdapat penjual di atas sampan, semuanya orang Muslim dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
– Makanan murah tetapi cepat habis.
– Jika ingin duduk, perlu mendapatkan tempat awal kerana ramai orang.
Hari Ketiga
1. Thanyada Village
– Membeli cenderamata yang murah.
– Terdapat baju, beg, keychain, dan lain-lain.
– Terdapat tempat berhawa dingin dan kafe di sana untuk suami menunggu sementara isteri sedang berbelanja.
2. Central Festival

– Jika ingin makan, lebih baik datang awal ke food court LG pada pukul 11 pagi kerana tempat duduk terhad.
– Terdapat banyak jenis makanan yang enak dan unik, halal atau tidak halal.
– Harga makanan murah.
– Membeli pakaian juga murah dan cantik. Banyak kedai menjual pakaian dengan harga diskaun.
3. Cheevit Cheeva

– Aesthetic kafe yang menjual pencuci mulut.
– Cadangan untuk pergi pada waktu siang kalau mahu bergambar, kerana tempat yang cantik.
– Menggunakan Grab kerana tempat tersebut agak jauh.
4. Lee Garden
– Tempat yang popular, seperti Jalan TAR KL, ada makanan dan pakaian dijual.
– 250 baht untuk urut kaki selama satu jam, tetapi pemilik memberi harga diskaun, 200 baht sahaja.
5. Ps Thungsao Hotel
– Lokasi hotel agak jauh tetapi jika bawa kereta, ia bagus kerana ada tempat letak kereta.
– Tiada soket atau plug universal.
– Resepsionisnya bertutur dalam bahasa Melayu, jadi mudah untuk berkomunikasi.
– Deposit boleh dibayar dalam ringgit.
Hari Keempat
1. Balik
– Tempah Grab terlebih dahulu pada malam sebelum peenrbangan, dan jika banyak bagasi, gunakan GrabCar Plus.
– Disebabkan perjalanan jauh ke Padang Besar, Grab agak mahal, lebih dari 100 ringgit.
– Tiba di imigresen, terdapat seorang lelaki yang akan membawa kita ke stesen keretapi Padang Besar Malaysia dengan bayaran 300 baht sahaja.
2. ETS
– Kali ini menggunakan Platinum (lebih daripada 100 ringgit).
– Bersih dan laju kerana tidak banyak berhenti.
– Membeli atau menempah makanan lebih awal di dalam train.
– Di stesen Padang Besar terdapat kafe yang menjual nasi lemak atau mi goreng, makan semasa perjalanan (hanya pada waktu pagi).
– Laju kerana sampai di KL Sentral pada pukul 3 petang.
Petua lain:

Terdapat banyak mesin ATM di Thailand, termasuk di luar kedai dan 7 Eleven. Bagaimanapun, jika ingin membuat pengeluara atau withdraw duit, digalakkan menggunakan BigPay. Boleh menggunakan tap atau mengeluarkan duit terus. Tetapi ada cas RM 30 setiap transaksi ATM.


