Percutian Keluarga Menyeronokkan Di Sungai Jernih Kampung Pesang River Lodge

9 Mar 2024 • 11:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anda juga boleh berkhemah di sini!

Percutian Keluarga Menyeronokkan Di Sungai Jernih Kampung Pesang River Lodge. Jika anda sedang mencari tempat baru untuk berkelah atau berkhemah, kunjungi Kampung Pesang River Lodge yang terletak di kawasan Padawan!

Dibawah Sistem Tagang Kampung Pesang, ia dibawah naungan Jabatan Pertanian Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 2017 dan dirasmikan pada 30 November 2019. Tempat ini terletak sekitar satu jam dari bandar Kuching, tempat ini baru dibuka untuk orang awam dan menawarkan persekitaran yang santai sekiranya anda ingin menghabiskan hujung minggu bersantai dengan rakan atau keluarga anda.

image is not available
Percutian Keluarga Menyeronokkan Di Sungai Jernih Kampung Pesang River Lodge

Sesuai untuk melakukan aktiviti riadah

Apa yang menjadikan tempat ini menarik ialah anda perlu menyeberangi sebuah jambatan buluh kecil untuk menyeberang ke tapak tersebut. Bayaran masuk untuk remaja ialah RM2 manakala untuk dewasa, RM3 per head. Kanak-kanak dibenarkan masuk secara PERCUMA.

image is not available
Salah satu jambatan buluh di sini. Jambatan buluh ini adalah jambatan utama ke tapak. Kredit foto: Facebook

Anda boleh menyewa pondok dan tanju berbumbung yang tersedia di sini. Bagi pondok bersimen, caj sewa adalah RM30. Bagi pondok kayu pula, caj sewa adalah RM20.

image is not available
Pondok seperti ini tersedia di Kampung Pesang River Lodge. Kredit foto: Facebook

Untuk tanjung berbumbung, caj sewa adalah RM30 manakala caj sewa tanjung yang tidak berbumbung adalah RM20.

image is not available
Caj sewa tanju berbumbung seperti ini adalah RM30. Kredit foto: Facebook

image is not available
Bagi tanjung yang tidak berbumbung seperti ini, caj sewanya adalah RM20. Kredit foto: Facebook

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah BBQ, berenang di dalam air sungai yang jernih dan anda juga boleh berkaraoke dengan menyewa karaoke set dengan caj sewa RM150 untuk masa di bawah 4 jam!

image is not available
Kredit foto: Facebook

image is not available
Kredit foto: Facebook

Barang lain untuk disewa adalah kanopi, set BBQ, kayu api, tikar / alas tanah, kerusi dan meja jadi sekiranya anda perlu antara kemudahan-kemudahan ini, anda boleh menyewa direct daripada pihak pengurusan.

Berikut adalah senarai caj sewa antara kemudahan berkenaan:

  • Kanopi – RM10
  • Set BBQ – RM10
  • Tikar / alas tanah – RM10
  • Set kayu api – RM10
  • Pelampung Besar – RM5
  • Pelampung Kecil – RM3

Bagi yang mahu, anda juga boleh berkhemah di sini! Caj RM10 akan dikenakan bagi setiap khemah untuk mereka yang ingin berkhemah di sini. Contohnya, sekiranya anda dan rakan anda berkongsi satu khemah, anda hanya perlu bayar untuk satu khemah sahaja. Yuran kemasukan untuk satu orang akan tetap dikenakan caj.

image is not available
Kredit foto: Facebook via Mitch Harris

Aktiviti pengembaraan

Sekiranya anda berminat untuk membuat aktiviti pengembaraan, anda boleh menyertai aktiviti masuk dalam gua dengan yuran RM30 sekepala dan jungle trekking dengan yuran RM50 sekepala (bergantung kepada jarak).

Kemudahan sedia ada

Bagi kemudahan bekalan elektrik, jangan risau! Kemudahan elektrik tersedia dan anda boleh membawa extension sendiri sekiranya anda perlu!

image is not available
Kredit foto: Facebook

Kemudahan lain yang tersedia adalah tandas awam serta tempat persalinan / mandi. Kesemuanya bersih dan dijaga rapi!

Lebih baik menempah daripada walk-in

Jika anda ingin pergi ke sana, sebaiknya tempah tempat daripada walk-in. Untuk tempahan, anda boleh menghubungi salah satu daripada orang ini:

  1. 0138115376 – Dony Nuong
  2. 01125185291 – Robert
  3. 0168643947 – Angela Jinget

Tempat letak kereta disediakan – Namun, jika tempat letak kereta tersedia sudah penuh, anda boleh parking kenderaan anda di tanah persendirian berdekatan dengan bayaran masuk.

Datang untuk berseronok, balik dengan hanya kenangan – pastikan anda menjaga kebersihan ketika di sini!

Lagi tempat menarik di sini: