Percutian Penuh Keriangan Di Desaru Sempena Cuti Sekolah 

Travel
26 Feb 2023 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Adventure Waterpark Desaru Coast adalah rumah kepada water coaster pertama di rantau ini dan ia merupakan salah satu kolam ombak terbesar di dunia. - Gambar ihsan Desaru Coast

Cuti sekolah sudah pun seminggu berlalu. Sudah ke mana anda membawa anak-anak bergembira kali ini? Selepas setahun yang panjang berkepit dengan buku teks, pasti anak-anak anda mengimpikan sebuah percutian yang sangat berbaloi.

Percutian yang penuh dengan pengembaraan di tepi pantai mungkin merupakan pilihan yang tepat!

Jika anda sedang mencari destinasi percutian yang menjanjikan pengalaman unik, penuh keceriaan dan kegembiraan, apa kata anda melarikan diri ke Desaru Coast, Johor.

Lokasi percutian yang semakin popular ini merupakan sebuah resort destinasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.

image is not available
Els Club Desaru Coast - Gambar ihsan Desaru Coast

Berlatar belakangkan pantai berpasir putih bersih, Desaru Coast ialah destinasi pantai yang cukup luas dengan empat resort bertaraf lima bintang yang terkenal di dunia, spa mewah, eko-pelancongan pendidikan, taman tema air, dan dua padang golf yang memenangi anugerah.

Dengan begitu banyak yang boleh dilakukan, berikut beberapa idea untuk membantu anda merancang percutian hebat di Desaru!

Mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast

Adventure Waterpark Desaru Coast adalah rumah kepada water coaster pertama di rantau ini dan ia merupakan salah satu kolam ombak terbesar di dunia! Taman air ini mempunyai lebih daripada 20 tunggangan basah dan kering, gelongsor dan tarikan, serta simulator pantai dan luncur airnya sendiri.

Terbuka kepada keluarga dengan kanak-kanak dari semua peringkat umur, anda tidak perlu risau tentang makanan atau tempat untuk si kecil berehat kerana anda boleh menyewa Beachside Cabana dengan harga RM400 untuk seisi keluarga yang disertakan dengan makanan ringan, barangan cenderahati dan peti deposit keselamatan supaya anda boleh menikmati hari tanpa tekanan di bawah sinar matahari. 

image is not available
Adventure Waterpark Desaru Coast. - Gambar ihsan Desaru Coast

Caj masuk ke taman tema air ini bermula dari RM75 untuk pemegang MYKad dan RM110 untuk bukan warganegara Malaysia.

Selain itu, setiap resort di Desaru Coast menawarkan beberapa sukan air seperti jet ski, paddle boarding, wakeboarding, menaiki bot pisang dan banyak lagi.

Kelab Pengembara Muda

Ibu bapa, jika anda mencari cara untuk memastikan anak-anak anda sibuk, ajar mereka tentang keindahan dan keajaiban alam semula jadi. Desaru Coast, melalui rakan kongsi eko-pelancongan, Junglewalla, mempunyai ‘Kelab Pengembara Muda’ khas untuk kanak-kanak berumur 8 - 12 tahun.

image is not available
Ia memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari lebih lanjut tentang sejarah bumi, mengagumi selok-belok ekosistem hutan, menemui dunia serangga, membina terarium dan banyak lagi. - Gambar ihsan Desaru Coast

Dengan mengikuti kelab ini, anak-anak anda boleh menemui keajaiban sains melalui penerokaan dan pengalaman secara langsung.

Setiap pakej yang berharga RM150 memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah bumi, mengagumi selok-belok ekosistem hutan, menemui dunia serangga, membina terarium dan banyak lagi! 

Percayalah, aktiviti yang satu ini akan menjadi pengalaman yang sukar untuk lupakan! Selain itu, Jungelwalla juga menawarkan aktiviti untuk seisi keluarga seperti mengintai burung dan menyusuri Sungai Lebam.

Harga bermula dari RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.

Jelajah Bandaraya Johor Bahru

Jika anda melakukan perjalanan ke Desaru Coast, luangkanlah masa sehari ke bandaraya Johor Bahru untuk menyelami segala yang Johor tawarkan.

Jika anda dan anak-anak merupakan salah seorang peminat lego, maka hidupkan minat itu dengan mengunjungi Legoland Malaysia Resort.

image is not available
Legoland Malaysia Resort - Gambar ihsan Desaru Coast

Untuk snek sambil menghirup secawan teh, singgahlah ke kedai roti Hiap Joo, kedai roti berusia 100 tahun yang terkenal dengan kek pisang bakar buluh yang lembut dan gebu. Inilah masanya untuk anda memperkenalkan pelbagai jenis biskut yang anda gemari ketika zaman kanak-kanak kepada anak-anak anda. Inilah masanya mengimbas nostalgia.

Memandangkan Ramadan dan Raya akan tiba tidak lama lagi, mungkin anda juga ingin singgah di Johor Premium Outlets dan dapatkan barangan untuk seisi keluarga sempena lebaran nanti.

image is not available
Johor Premium Outlets - Gambar ihsan Desaru Coast

Tidak cukup dengan itu, dengan jarak 40 minit pemanduan yang singkat dari pantai, keluarga anda juga boleh melawati Taman Kelip-kelip Kota Tinggi oleh Junglewalla untuk menikmati matahari terbenam yang memukau dengan lampu-lampu kecil alam semula jadi.

Ambil Masa Untuk Bersantai

Walaupun penting untuk meluangkan masa bersama demi mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun anda juga juga perlu masa untuk diri sendiri. Setiap resort di Desaru Coast mempunyai Kelab Kanak-kanak mereka sendiri di mana anda boleh menghantar anak anda ke sana untuk melakukan pelbagai aktiviti. 

image is not available
Els Club Desaru Coast - Gambar ihsan Desaru Coast

Ambil peluang ini dengan melarikan diri ke spa atau bermain golf dengan pasangan anda. Untuk pasangan yang lebih sporty, kami mengesyorkan anda mengayuh basikal untuk menikmati pemandangan dan bunyi pantai yang mempesona.

Untuk maklumat lanjut dan menempah percutian impian, bolehlah ke laman sesawang desarucoast.com. - Getaran, 26 Februari 2023