Menteri Digital kini berkongsi menyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan secara rasminya melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan pada 12 DIsember 2024 kelak, iaitu dalam tempoh lebih sebulan lagi. Pejabat berkenaan akan memainkan peranan utama dalam membantu kerajaan menggubal polisi yang bersesuaian dengan era pembangunan kecerdasan buatan kini.
Disamping itu, langkah penubuhan pejabat khusus ini dijangka akan membantu dalam meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan negara, disamping memupuk inovasi dan membolehkan promosi kerjasama pelbagai sektor dalam pembangunan industri kecerdasan buatan.
Sebelum ini, pencarian untuk CEO dan pasukan bagi pejabat berkenaan telah dilakukan. Calon-calon akhir masih tidak diumumkan lagi, dan dijangka dikongsikan pada 12 Disember 2024 kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan dan perkongsian lanjut berkenaan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan ini.



