Perdana Menteri Lawat Masjid Sheikh Zayed Di Abu Dhabi

29 Sep 2022 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri ketika melawat Masjid Sheikh Zayed di sini yang merupakan antara masjid terbesar di dunia. - Bernama

ABU DHABI - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melawat Masjid Sheikh Zayed di sini yang merupakan antara masjid terbesar di dunia.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Pengarah Masjid Sheikh Zayed Dr Yousif Al Obeidli, sebelum beliau dibawa melawat masjid itu.

Ismail Sabri turut menunaikan solat di masjid itu yang memiliki rekod dunia bagi permaidani tenunan tangan dan candelier terbesar.

Selain itu, beliau juga melawat Wahat Al-Karama, tugu peringatan untuk pejuang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang syahid.

Ketibaannya disambut Pengarah Hal Ehwal Para Syuhada, Sheikh khalifa Tahnon Al Nahyan.

Perdana Menteri tiba di ibu negara itu pada Isnin untuk lawatan kerja empat hari ke UAE.

Beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan pada Isnin. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved