Perdana Menteri mahu bekerjasama rapat dengan Erdogan

Politics
25 Nov 2022 • 8:55 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KAJANG: Sejurus sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sidang media pertamanya, beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang menyampaikan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

image is not available
Sidang Media pertama Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Long Golf & Country Club, Kajang pada Khamis

Dalam perbualan telefon yang berlangsung kira-kira 10 minit dihadapan media tempatan dan antarabangsa, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia & Turkiye dapat mengukuhkan hubungan serta kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan malah ketenteraan.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan anda,” kata Anwar kepada Erdogan.

Turut sama menyampaikan ucapan tahniah adalah Perdana Menteri India, Narendra Modi mahu mengukuhkan serta mempertingkatkan lagi perkongsian strategik India-Malaysia.

Kemudian, Anwar memberitahu sidang media bahawa terdahulu beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyampaikan ucapan tahniah dan ucapan sama turut diterima daripada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong serta Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Antara ucapan pertama Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya adalah fokus utama terhadap agenda ekonomi negara.