Perdana Menteri Solat Jumaat Di Masjid UiTM

LocalPolitics
7 Apr 2023 • 3:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim ketika menunaikan solat Jumaat bersama kakitangan, warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kariah sekitar, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kakitangan, warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kariah sekitar, hari ini.

Beliau tiba di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam pekarangan UiTM Shah Alam kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. 

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Exco Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Mohd Faizan Tajuid, Perdana Menteri turut meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah.

Sebelum itu, Anwar hadir di sesi dialog bersama mahasiswa UiTM di Dewan Annex UiTM Shah Alam.

Sejak menyandang portfolio Perdana Menteri bermula November tahun lalu, Anwar sering menjadikan solat Jumaat bersama rakyat sebagai satu rutin untuk beliau mendekati mereka secara lebih akrab. – Getaran, 7 April 2023.