Perdana Menteri ucap tahniah kejayaan Pandelela raih pingat gangsa

28 Jun 2022 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan memenangi pingat gangsa bagi acara 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary pada Selasa.

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berharap kejayaan yang diraih Pandelela akan menjadi pendorong kepada mereka yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya.

"Saya doakan beliau meraih pingat seterusnya semasa acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri, Khamis ini," kata Perdana Menteri.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved