Perdana Menteri UK Liz Truss Letak Jawatan

20 Oct 2022 • 9:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Truss menyampaikan ucapan di luar 10 Downing Street di tengah London pada 20 Oktober 2022 untuk mengumumkan peletakan jawatannya. - Gambar AFP

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom Liz Truss mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif hari ini selepas hanya mengambil alih tampuk kepimpinan untuk enam minggu sahaja.

Beliau menambah penggantinya akan dipilih minggu selewat-lewatnya akhir minggu depan.

“Saya akui bahawa memandangkan situasi terkini saya tidak dapat menyampaikan mandat yang mana saya telah dipilih oleh Parti Konservatif.

“Oleh itu saya telah bercakap dengan Raja untuk memberitahu beliau bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif,” kata Truss.

Pengundian di antara Ahli Parlimen untuk memilih penggantinya yang akan “dilakukan dalam minggu depan”. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved