Perdana Menteri umum bantuan khas kepada waris pelajar yang terkorban

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 3:39 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Selain bantuan tambahan sebanyak RM10,000, Perdana Menteri turut mengumumkan RM5,000 yang akan disalurkan kepada mangsa cedera.

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Gerik, Perak, demikian maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Selain bantuan tambahan, beliau turut mengumumkan bantuan berjumlah RM5,000 turut akan disalurkan juga kepada mangsa yang cedera.

"Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini,” kongsi beliau di Facebook.

Terdahulu, seramai 15 individu disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Isnin lalu.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk manakala usaha menyelamat dan menguruskan mangsa dijalankan segera oleh pasukan penyelamat dengan bantuan beberapa agensi lain.