Perdana Menteri Umum Berita Baik Buat Pesawah Padi, Subsidi Harga Padi Naik

8 Aug 2023 • 8:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik buat pesawah pagi apabila menaikkan kadar subsidi harga padi daripada RM360 ke RM500 per tan metrix mulai esok.

Lapor Berita Harian, kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri ini adalah satu-satunya kenaikan sejak kali terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.

image is not available

Selain mahu meringankan beban pesawah, kenaikan subsidi ini juga bagi menggalakkan pengeluaran padi di mana pesawah akan memperoleh RM1,700 bagi satu tan.

image is not available

Perdana Menteri juga ambil maklum rungutan pesawah mengenai pemotongan pemutuan beras basah.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengawal keadaan itu dengan melatih pegawai Jabatan Pertanian khusus yang akan ada di kilang-kilang swasta bagi memantau secara bebas.

Tambah beliau, kehadiran pegawai untuk memastikan pengilang swasta tak potong beras basah ikut selera mereka, sebaliknya perlu mengikut syarat tertentu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media