Pereka Fesyen Kelahiran Sarawak, Rozie Khan ‘Dirisik’ Oleh Miss World Malaysia

2 Aug 2023 • 9:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak kelahiran Sarawak, Rozie Khan dijemput untuk menjadi pereka fesyen kepada Miss World Malaysia 2022, Wenanita Angang

Pereka Fesyen Kelahiran Sarawak, Rozie Khan ‘Dirisik’ Oleh Miss World Malaysia. Anak kelahiran Sarawak, Rozie Khan diumumkan sebagai salah seorang pereka fesyen yang akan menyertai perjalanan Miss World Malaysia 2022, Wenanita Angang menuju ke pertandingan Miss World ke-71 yang akan diadakan di India, pada hujung tahun, dari 8 November 2023 hingga 9 Disember 2023.

Menerusi satu pengumuman rasmi yang dimuat naiknya di laman Facebook, Rozie Khan telah ‘dirisik’ sebagai pereka fesyen yang akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan pakaian-pakaian menakjubkan bagi Wenanita Angang untuk pertandingan tersebut.

image is not available
Sumber: facebook

Bakat Rozie menarik perhatian pihak penganjur Miss World Malaysia

Pengalaman dan bakat Rozie Khan dalam bidang fesyen telah menarik perhatian pihak penganjur Miss World Malaysia dan beliau telah dipilih berdasarkan prestasi dan reputasi yang kukuh dalam dunia fesyen tempatan.

Sebagai seorang pereka fesyen terkenal, Rozie Khan juga dikenali dengan kemahirannya dalam menghasilkan pakaian-pakaian inovatif yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia, dan dia berkomitmen untuk membawa elemen ini ke dalam koleksi eksklusif Wenanita Angang.

Rozie Khan. Sumber: sarawaktribune

“Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan segala urusan. Berkhidmat untuk negara,” ujar Rozie Khan di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa bangga dan kagum dengan pencapaian Rozie. Mereka juga mengucapkan tahniah kepadanya serta mendoakan agar semuanya dipermudahkan urusan.

Untuk makluman, menurut sumber, Rozie Khan telah melangkah masuk ke dalam dunia fesyen sejak tahun 2000. Untuk menimba lebih banyak pengalaman, Rozie pergi ke Kuala Lumpur pada 2007 dan berpeluang bekerja dengan artis tempatan seperti Maya Karin dan banyak lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved