“Perempuan Bukan Mainan” – Pesanan Afiq Muiz Buat Da’i Syed Timbul Tanda Tanya

17 Nov 2022 • 4:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed sudahpun selamat bertunang dengan pengacara stesen TV Al Hijrah iaitu Hana Ismail. Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Umie pada bahagian kapsyen sempat menitipkan kata-kata nasihat buat kedua pasangan serta mendoakan yang terbaik untuk Syed dan Hana.

Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. Jaga amanah ini sebaiknya (Da’i Syed, Hana). Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya Allah SWT.

Tinjauan di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan tahniah dan menumpang gembira atas khabar berita yang disampaikan.

image is not available

Ingat pesan aku Dai Syed

image is not available

Walau bagaimanapun, komen pelakon, Afiq Muiz yang seakan-akan memberi ‘amaran’ kepada Da’i Syed tentang menjaga perasaan wanita telah timbulkan persoalan kepada netizen.

image is not available

Sekadar info, Da’i Syed sebelum ini pernah didakwa terlibat atas dua pertuduhan membabitkan jenayah seksual yang memperuntukkan 30 tahun penjara namun pengadu telah menarik balik laporan yang dibuat ke atas pendakwah selebriti itu.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media