“Perempuan Cuma Benci Penyondol Bila..” – Pengguna Twitter Selar Gadis-Gadis Menggatal Di Video Abam Polis

Entertainment
10 May 2023 • 3:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gambar polis

Viral di TikTok, video rakaman memaparkan seorang jurugambar mengambil foto anggota beruniform (polis) yang sedang bertugas.

Dalam video, kedengaran jurugambar meminta kebenaran daripada anggota berkenaan untuk memuat naik gambar yang diambil ke media sosial.

Apa yang menjadi perdebatan ramai adalah apabila terdapat segelintir wanita tanpa segan silu meninggalkan komen seolah-olah terpesona dengan ketampanan anggota polis itu.

Video abam polis raih perhatian

image is not available

Malah, ada seorang individu berkata mahu merampas anggota itu apabila mendapat tahu dia merupakan tunangan orang.

image is not available

image is not available

Namun, individu itu memberi alasan hanya bergurau menyebabkan orang ramai tak berpuas hati. Pengguna Twitter berkenaan meminta orang ramai menghormati status hubungan orang lain walaupun tak mengenalinya.

image is not available

Di ruangan komen, netizen berpendapat seorang wanita haruslah mempunyai sifat malu dan tak terlalu terbuka memuji lelaki yang tak dikenali.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media