‘Perempuan gila mana ni? Diam la’ – Lelaki enggan berganjak dari MRT koc wanita walaupun sudah ditegur berapa kali

6 Nov 2023 • 11:36 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang wanita semasa menggunakan perkhidmatan MRT, Rapid KL mengambil inisiatif menyediakan gerabak khusus untuk wanita.

Warna merah jambu dijadikan petanda bagi membezakan antara gerabak wanita dengan gerabak yang lain.

Namun begitu, seperti tidak memahami peraturan dan petanda yang diletakkan, seorang lelaki kelihatan bersahaja menaiki gerabak wanita. Walaupun sudah ditegur dengan cara yang baik, namun lelaki tersebut tidak mengendahkan teguran tersebut. Malah, dia bertindak mengutuk pula wanita yang menegurnya.

“Perempuan gila mana ni. Tolong. Diam lah,” kata lelaki itu sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon.

“Kamu suruh saya diam? Saya cakap dengan awak elok-elok, pergi ke gerabak lain. Boleh tinggalkan ruangan wanita ni?” Kata wanita itu.

Walaupun beberapa kali wanita ini meminta lelaki tersebut berganjak, namun lelaki tersebut tetap berdiri di situ.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dianggap mementingkan diri.

Namun, ada juga yang menyatakan walaupun pihak MRT sudah menyediakan koc atau gerabak khas bagi wanita, tetapi gerabak lain tetap sesak dan dipenuhi oleh golongan wanita.