Perempuan Itu: Watak ‘penyondol’ menjadi, Siti Hariesa harap tak dibenci

21 Jun 2023 • 4:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Siti Hariesa berharap penonton tidak membenci dirinya yang memegang watak sebagai wanita perampas atau ‘penyondol’ dalam drama Perempuan Itu.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, dia meluahkan rasa penghargaan atas sokongan diberikan orang ramai terhadap drama arahan Ain Sharif dan Isma Yusof itu yang mula disiarkan sejak 1 Jun lalu.

“Jangan benci saya, benci watak Mr Tat@Seira. Apa-apa pun terima kasih semua atas sokongan dan kasih sayang yang diterima oleh saya sejak kebelakangan ini. Sayang kamu semua!,” tulisnya baru-baru ini.

Menerusi drama tersebut, Siti Hariesa menjayakan watak sebagai Seira iaitu seorang doktor yang menjalin hubungan sulit bersama Emir, lelaki berstatus suami orang lakonan Zul Ariffin.

Manakala nama Mr Tat pula adalah nama lain bagi Seira supaya hubungan mereka tidak dihidu oleh isteri Emir, Khalish lakonan Mimi Lana.

Meninjau di ruangan komen, netizen yang menonton drama sebanyak 30 episod itu meninggalkan reaksi positif dimana rata-rata memuji lakonan hebat Siti Hariesa.

Malah, netizen menyifatkan wataknya sukar untuk dibenci kerana mempunyai personaliti baik hati serta lemah lembut, berbanding sikap segelintir ‘penyondol’ dalam dunia realiti.

Kalau dibenci, maknanya lakonan menjadi

image is not available

Kali pertama suka watak antagonis!

image is not available

Suka lakonan awak

image is not available

Best! Tak jadi nak benci

image is not available

Dah la cantik! Tahniah

image is not available

Selain Siti Hariesa, Zul dan Mimi Lana, drama berkenaan turut dibintangi Eman Manan, Azizah Mahzan, Norish Karman, Amar Asyraf, Amir Ahnaf, Iqbal Zulkefli dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Siti Hariesa & Tonton MY