“Perempuan Kena Malu, Dia Takkan Menggatal Seronok-Seronok Borak Dengan Lelaki” – Che Ta

7 May 2024 • 11:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
che ta

Pelakon terkenal, Rozita Che Wan mengulas mengenai sifat yang seharusnya ada dalam diri seorang perempuan.

Salah satunya adalah sifat malu untuk menghalang seorang perempuan daripada menggatal dengan lelaki.

Perempuan kena ada sifat malu. Bila ada sifat malu dia takkan nak menggatal, nak seronok-seronok, berborak dengan lelaki.

Difahamkan, jawapan itu diberikan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta ketika rakannya, Umie Aida bertanya, adakah dia pernah diganggu lelaki semasa shooting.

https://www.tiktok.com/@ayu_kekasih..themelvin/video/7365809201756572935?is_from_webapp=1&web_id=7363145490646812177

Che Ta secara berseloroh berkata, walaupun sudah berumahtangga masih ada lelaki yang cuba mendekatinya.

Namun, dia sedar status dirinya sebagai isteri orang dan meletakkan batasan dalam bekerja.

Kita bini orang ni, bila keluar rumah kena bawa title tu. Jangan hilang ingatan eh. Tu kadang-kadang ada yang tengok jantan ni hilang ingatan, lupa dah bini orang.

Jelas isteri kepada Zain Saidin ini lagi, jangan mudah tergoda kerana memang lumrah perkara haram adalah lebih menyeronokkan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.