“Perempuan Tu Masih Kacau, Dia Tak Abai Nafkah Isteri Dan Anak” – Jalaludin Hassan Bongkar Cerita Tan Sri Musa Hassan

16 Mar 2023 • 5:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini menjadi tumpuan warga maya apabila sebuah video memperlihatkan dia bertengkar dengan seorang wanita dipercayai isteri keduanya menjadi tular di media sosisal.

Berikutan itu, timbul pelbagai spekulasi dan TS Musa ada memberi peringatan kepada netizen untuk tidak masuk campur dalam urusan hal rumah tangganya.

Adik kepada TS Musa Hassan, Datuk Jalaludin Hassan kemudiannya berasa terpanggil untuk membongkarkan sedikit cerita agar imej abangnya itu tidak tercalar akibat cerita yang tidak benar di media sosial.

Kata Jalaludin, dia amat mengenali peribadi abangnya itu dan mengetahui konflik rumah tangga yang telah lama berlaku.

Saya tak boleh nak komen banyak tapi saya tahu siapa abang saya dan siapa perempuan itu. Saya tahu apa yang abang saya sudah lalui selama ini.

Apa yang abang saya lalui sejak berkahwin dengan dia, Saya tahu. Abang saya seorang yang bertanggungjawab, dia tak pernah abai nafkah pada isteri dan anak-anak.

Dedah Jalaludin lagi, wanita tersebut masih mengganggu kehidupan Musa meskipun sudah menyerahkan segala hal berkaitan kepada pihak berkuasa.

Katanya, abangnya itu berasa lega kerana segalanya sudah terbongkar dan kemelut yang berlaku dalam rumah tangga mereka akan berakhir tidak lama sahaja lagi.

Terdahulu, satu video memaparkan Tan Sri Musa Hassan memukul seorang wanita menjadi viral di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi orang awam.

image is not available 4 hari lalu

Kontroversi Kes Pukul Bekas KPN, Nama Syella Kena 'Petik' Sebagai Isteri Tan Sri Musa Hassan?