Perfume Paradise, Wangian Rasmi “Futureland” Festival Anjuran Warner Music Malaysia dan Watsons Malaysia

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 9:45 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Perfume Paradise, Wangian Rasmi “Futureland” Festival Anjuran Warner Music Malaysia dan Watsons Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 November 2024Warner Music Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian dinamik dengan Perfume Paradise sebagai wangian rasmi untuk “Futureland” Festival yang sangat dinanti-nantikan penonton di lokasi ikonik, Stadium Merdeka pada 23 November ini. Kerjasama yang menarik ini juga akan menyaksikan YES 5G menyertai sebagai rakan telco rasmi bersama perkongsian yang diumumkan sebelum ini dengan Watsons Malaysia sebagai penaja utama.

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini bersama dua bintang Big Stage, Wani Kayrie dan Nadeera juga akan menyertai pentas “Futureland” Festival. Mereka bakal menyertai barisan artis berkaliber Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MASDO, Ayda Jebat, Syamel, TUJU, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Leee, Rizal Rasid, empty page., FUGŌ dan ramai lagi dalam festival muzik hebat ini. Selain itu, penyanyi yang baru ditabalkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), Aina Abdul bakal membuat penampilan sulung di “Futureland” Festival.

image is not available

“Futureland” Festival turut membuat kejutan dengan menampilkan sensasi viral, Fadhilah Intan yang popular dengan lagu Dawai. Dia akan membuat penampilan sulung dengan lagu terbaru, Alkisah Jiwa yang juga kerjasamanya dengan Amsyar Leee.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Dinesh Ratnam menyatakan keterujaannya dalam perkongsian yang diperluaskan itu, “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kesudian Perfume Paradise dan YES 5G sebagai rakan kongsi baru untuk “Futureland” Festival. Sokongan mereka akan membantu meningkat dan membolehkan kami mencipta pengalaman yang mengasyikkan untuk pencinta muzik. “Futureland” Festival adalah komitmen kami dalam mengetengahkan bakat-bakat tempatan. Kami juga teruja dengan penampilan Hael Husaini, Wani Kayrie dan Nadeera yang turut serta dalam festival ini, selain penampilan lagu sulung daripada Fadhilah Intan bersama Amsyar Leee,” katanya.

Dikenali dengan wangian mewah pada harga mampu milik, Perfume Paradise berjaya mengukuhkan produknya sebagai jenama pewangi terkemuka Malaysia, khususnya dalam menarik minat generasi muda. Menerusi festival ini, Perfume Paradise akan ‘mengharumkan’ Stadium Merdeka dengan haruman bersemangat untuk keseronokan di festival muzik.

image is not available

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada semangat kreativiti dan inovasi festival ini yang selaras dengan nilai jenama mereka, “Sama seperti muzik yang mampu mencipta memori, Perfume Pardise percaya kami dapat memberikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan menerusi bauan. Kami berharap dapat membantu pengunjung festival mencipta memori menarik di “Futureland” Festival”.

Festival ini juga akan menampilkan Watsons Glow Up Zone, termasuk pelbagai bidang kecantikan dan kesihatan dari Watsons Malaysia dengan hadiah percuma, sampel dan pengalaman interaktif yang menarik.

Pengunjung festival juga boleh membeli dan menikmati makanan dari pelbagai gerai jualan, serta aktiviti jalanan seperti ‘pop up stores’ dan banyak lagi.

“Futureland” Festival sudah membuatkan peminat dari seluruh negara tidak sabar untuk menghadirinya. Sejak tiket mula dijual, permintaannya cukup tinggi dengan tiket ‘early bird’ sudah habis dijual. Penjualan tiket fasa kedua sudah bermula dan peminat digalakkan untuk segera membelinya sekali gus dapat menjadi sebahagian daripada detik bersejarah muzik secara langsung ini di Stadium Merdeka.

Harga Tiket

image is not available

Untuk membeli tiket “Futureland” Festival, sila layari https://www.ticketmelon.com/warnermusicmalaysia/futureland2024

Maklumat lanjut mengenai “Futureland” Festival dan pembelian tiket, sila layari dan ikuti “Futureland” di: