Pergaduhan Antara Ipar Di Sawah Berakhir Tragedi Ngeri

LocalPolitics
1 Nov 2025 • 11:44 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketenangan petang di Kampung Pida 3, Kubang Pasu bertukar kecoh apabila pergaduhan di sawah antara abang ipar dan adaik ipar berakhir dengan tragedi menyayat hati, semalam.

Pergaduhan di sawah hingga bawa kepada kematian

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.05 malam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di kawasan sawah.

image is not available

Mayat ditemui dengan kepala terpisah dari badan

Menurutnya, sepasukan polis bergegas ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di sawah padi yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah suspek.

“Suspek ditahan kira-kira jam 8 malam selepas polis berjaya memujuk suspek yang ketika itu masih memegang parang.
Parang berukuran 30 sentimeter panjang dirampas untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

image is not available

Suspek dipujuk 15 minit untuk keluar dari rumah

Siasatan awal mendapati, kedua-dua lelaki itu merupakan pesawah dan mempunyai hubungan keluarga sebagai abang serta adik ipar.

“Umur mangsa 45 tahun manakala suspek pula berusia 38 tahun. Selepas kejadian, suspek berada di dalam bilik rumahnya sebelum dipujuk keluar kira-kira 15 minit kemudian,” jelasnya.

image is not available

Tambah Mohd Radzi, hasil semakan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Mangsa juga mempunyai seorang isteri dan dua orang anak manakala suspek masih bujang serta tinggal berhampiran.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat dan suspek pula akan direman bagi membantu siasatan lanjut.

“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.

image is not available

Dalam masa sama, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sementara siasatan sebenar dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)