Pergerakan Penjenayah Dipantau: DBKL Pasang 5,000 CCTV AI

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi kecerdasan buatan untuk mengawasi keselamatan orang awam.

image is not available

DBKL berkata, CCTV berkenaan dipasang di jalan raya, kawasan jenayah, taman awam, River of Life dan pasar sekitar ibu negara.

“Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) mempunyai keupayaan rakaman 24 jam, tujuh hari seminggu dengan simpanan data sehingga 45 hari.

“Malah, CCTV yang dipasang mempunyai pandangan 360° dengan jarak 200 meter dan sambungan fiber optik untuk imej berkualiti tinggi,” katanya di halaman Facebooknya.

image is not available

Tambah DBKL, CCTV itu akan turut membantu mengurus trafik dengan lebih sistematik

image is not available

“Penggunaan CCTV ini juga mampu mengurangkan jenayah melalui pemantauan kawasan panas, dan dilengkapi teknologi AI pintar untuk mengenal pasti kesalahan lalu lintas, iklan haram, amaran banjir serta aktiviti mencurigakan,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan 20,000 kamera litar tertutup diperlukan di seluruh ibu negara bagi tugasan pemantauan trafik dan jenayah

View Original Article