“Pergh Jejai Pun Komen!” – Bergambar Bersama, Peminat Kagum Lihat Kemesraan Fasha Sandha & Nora Danish

Entertainment
25 Jun 2023 • 9:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, suatu masa dahulu pelakon jelita Fasha Sandha dan Nora Danish pernah melalui fasa mempunyai konflik di antara satu sama lain, namun setelah beberapa tahun, hubungan mereka kembali pulih.

Baru-baru ini, Fasha Sandha ada berkongsikan video dirinya bersama Nora Danish di Instagram sewaktu berada di majlis pernikahan pelawak Shuib.

image is not available

Video tersebut meraih perhatian susulan netizen melihat kemesraan serta keakraban bekas madu yang dahulunya tidak ‘sebulu’ tetapi kini kelihatan sangat rapat.

Bukan itu saja, malah bekas suami mereka iaitu Jejai turut meninggalkan respon di ruangan komen tanda memberi sokongan kepada kedua-dua wanita tersebut.

image is not available

Komen yang ditinggalkan oleh Jejai juga mendapat perhatian dan rata-rata netizen menganggap dia sebagai lelaki hebat kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua bekas isteri.

Sekadar info, Fasha Sandha dan Jejai pernah berkahwin pada April 2012 dan bercerai pada Januari 2016. Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sementara itu, Nora Danish dan Jejai berkahwin pada tahun 2006 dan berpisah pada Julai 2008. Mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki bersama. Kini, kedua-dua wanita hebat itu sudah pun kahwin lain selepas bercerai.

image is not available 3 years ago

“Teringat Nora Khatam Al-Quran Masa Ramadan Haritu” - Tampil Seksi, Penampilan Nora Danish Dikecam Netizen