“Pergh Kalah Melodi” – Terlalu Banyak Isu Nak Kena Ulas, Caprice Buat Iklan Jawatan Kosong Untuk Jadi ‘Penyiasat’?

19 Oct 2022 • 3:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hangat sejak beberapa hari ini mengenai penyanyi rap Caprice yang dikatakan cuba untuk ‘menempel’ dalam setiap isu yang menjadi tular di media sosial.

Dari kisah pendakwah pedofilia hinggalah kepada kes Cikgu Fadli, Caprice baru-baru ini mendakwa dia menerima banyak mesej di media sosial yang memintanya untuk mengulas dan mengambil tindakan terhadap isu seperti kecurangan Hanafi dan juga Mawla yang mendakwa dirinya cicit Rasulullah S.A.W.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Berikutan terlalu banyak permintaan daripada netizen, Caprice menerusi satu hantaran di Instagram Story ada mengiklankan satu ‘jawatan kosong’ sebagai penyiasat dan menyertai ‘team’ di bawah kelolaannya.

So sorry guys, tiba-tiba banyak kes/issue masuk. Beri saya masa untuk reviu. Ada siapa-siapa nak join team saya. Untuk bantu cover / research / dan create content?

Hantaran IG Story itu kemudiannya dimuat naik di Twitter dan telah menerima banyak kritikan dan respon oleh netizen.

image is not available

Sumber : Instagram  

Yang menjadi persoalan kebanyakan netizen adalah berapa gaji yang ditawarkan Caprice dan adakah selama ini penyanyi itu hanya mencari topik sensasi untuk dijadikan kandungan media sosial semata-mata?

Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah orang yang gemar melaporkan sesuatu isu kepada personaliti media sosial atau artis dan bukannya dibawa kepada pihak bertanggungjawab.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Terima Kasih Sokong" - Enggan Panjangkan Cerita, Cikgu Fadhli Mohon Maaf Pada Caprice