Pergi Bercuti Pun Kena Hina, Syamimia Minta Hentikan Fitnah – “Orang Panggil Saya Zi*nis”

Entertainment
14 Dec 2023 • 5:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pensohor media sosial, Syamimia memohon orang ramai untuk berhenti membuat fitnah ke atas dirinya berkenaan isu kontroversi Palestin sebelum ini.

Tulis Syamimia di Instagram, perkara tersebut memberi kesan yang cukup mendalam dan turut menganggu percutiannya baru-baru ini.

Jangan fitnah saya lagi. Saya lihat ratusan video tentang Gaza. Saya rasa sedih walaupun tak terlihat oleh mata manusia. Saya rasa sakit walaupun tak terlihat repost di media sosial.

Baru-baru ini saya bercuti di Pulau Pinang dan segerombolan lelalki memanggil saya ‘Israel dan neutral’ kerana isu lalu. Mereka lari dan tidak memohon maaf.

Malah, Syamimia mengakui agak lama menyepi kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan dan merasakan suaranya tidak lagi didengar oleh bangsanya sendiri.

Terdahulu, Syamimia mengambil pendekatan untuk tidak menggunakan pengaruhnya di media sosial bagi menyebarkan kefahaman mengenai isu Palestin dan Israel.

Setelah dikecam hebat, dia tampil memohon maaf dan kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan ingin membuat kebaikan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Hanya Taip XXX Terus Keluar Benda L*cah" - Guru Dedah Pelajar Tahun Satu Dah Pandai Buat Aksi Tak Senonoh, Fahmi Fadzil Ambil Tindakan