“Pergi Haji Balik Hari” – Harga Air Melampau Di Bazar Raya Jalan TAR, RM10 Secawan

LocalSales & Promo
16 Mar 2025 • 12:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jalan tar

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita meluahkan rasa terkejut dikenakan caj RM10 hanya untuk secawan air di Bazar Raya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Kisah ini dikongsikan pengguna TikTok, MokWe, yang berdepan situasi tidak menyenangkan ketika hendak membeli air tersebut.

Tak jawab bila tanya harga, terus tuang dalam cawan

Menurutnya, dia bertanya harga terlebih dahulu sebelum membeli, tetapi peniaga langsung tidak memberi jawapan.

@mok.we60

X yah la beli Air Kat jalan Tar bazar Raya, Rm10 1 cup, bila tanya harga x nak jawab terus masuk kan air dalam cup cakap rm10..gila ini orang..Hati2 la sape nak beli air kat bazar Raya jalan Tar #fyppppppppppppppppppppppp #cekikdarah #jalantarkualalumpur

♬ suara asli – »‘ ̣ ‘ – »‘ ̣ ‘

Sebaliknya, peniaga terus menuangkan air ke dalam cawan sebelum meminta bayaran RM10.

Tak payah la beli air dekatt Jalan TAR Bazar Raya, RM10 satu cup, bila tanya harga tak nak jawab. Terus masukkan air dalam cup cakap RM10. Gila ini orang. Hati-hati la siapa nak beli air dekat Bazar Raya Jalan TAR.

Jelasnya lagi, dia terpaksa membayar dan tidak berani untuk menolak pembelian kerana bimbang berlaku kekecohan. Ketiku itu, keadaan sangat sesak dengan orang ramai.

“Terkejut, terus bayar”

image is not available

Tempat orang ramai, kita ni perempuan. Memang terkejut dan terpaksa bayar. Kalau kita beredar terus, risau berlaku pergaduhan pula nanti.

Tambahnya lagi, gerai yang menjual air RM10 itu dipercayai terletak di hadapan sebuah kedai Baju Melayu dengan papan tanda merah.

Bagaimanapun, dia tidak pasti sama ada peniaga itu mempunyai lokasi tetap atau sering berpindah-randah.

#ApaKataOhmedia

Omak ai mahal betul air dekat KL. Tak berbaloi dengan saiz gelas dan jenis air tu kan? Diharapkan peniaga janganlah ambil kesempatan di musim Ramadan ni, berniagalah secara jujur dan letak tanda harga siap-siap!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok Mok.We60


The post

appeared first on

.