Pergi Ke Butik Rizman Ruzaini Ambil Ukuran, Peminat Tanya Aedy Ashraf – “Tempah Baju Nikah Dengan Amelia Ke?

Women's Fashion
10 Aug 2023 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dimuat naik oleh pelakon Aedy Ashraf semalam di TikTok menimbulkan tanda tanya warganet selepas dia dilihat berjumpa dengan pereka fesyen terkenal.

Menerusi vlog itu, Aedy telah pergi ke butik Rizman Ruzaini dan mengambil ukur lilit dipercayai untuk menempah baju daripada pereka fesyen itu.

Ruangan komen itu dipenuhi dengan komen peminatnya yang bertanya sama ada ia merupakan tempahan baju untuk majlis pertunangan atau pernikahan dengan aktres Amelia Henderson.

Namun, segelintir individu pula berkata mereka tidak sabar melihat aktor tersebut menggayakan bajunya apabila siap nanti dan ada yang berpendapat bahawa ia hanyalah persalinan yang ditempah untuk hadir ke acara.

image is not available image is not available

image is not available 3 days ago

"Dia Panggil Sayang..." - Pegang Tangan & Rangkul Pinggang, Peminat 'Blushing' Tengok Amelia Henderson Dengan Aedy Ashraf