Pergi ketika solat, kopiah masih di kepala, bapa mentua Aliff Syukri meninggal dunia

7 Dec 2023 • 10:28 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BAPA mentua usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Mohd Rashid Abbas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi laman sosial Instagram.

“Assalamulaikum saya baru sahaja kehilangan ayah tercinta. Buat yang mengenali bapa saya Mohd Rashid Bin Abbas, saya ingin memaklumkan arwah bapa saya telah kembali ke rahmatullah.

“Mohon maaf jika ada salah silap arwah bapa saya.

“Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-NYA kami kembali.

“Semoga setiap amalan arwah diterima oleh ALLAH. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada-NYA,” titip Nur Shahida.

image is not available

Difahamkan Allahyarham pergi selama-lamanya ketika sedang menunaikan ibadah solat.

“Ayah saya meninggal dunia ketika sedang solat dan kopiahnya masih di kepala.

“Mudah sangat ALLAH jemput dia, tak ada sakit pun…,” tambahnya.

image is not available

Sementara itu, Aliff Syukri turut menzahirkan rasa sedih dan sayu. Reda dengan pemergian bapa mentua tersayang, kongsinya, kasih sayang yang tercurah kepada arwah sama seperti bapa sendiri.

image is not available

“Perginya ayah mentua kesayangan saya. Pagi ini jam 4 pagi saya dan isteri dikejutkan dengan berita pemergian bapa mentua di Sungai Layar, Kedah.

“Kami sekeluarga akan ke Kedah. Doakan arwah bapa mentua saya Mohd Rashid Bin Abas ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

image is not available

“Insya-ALLAH beliau akan dikebumikan di tanah Perkuburan Layar, Sungai Petani, Kedah pada hari ini.

“Kepada anda yang mengenali beliau saya mohon untuk kita sama-sama sembahyang jenazah pada hari ini berhampiran Masjid di Sg Layar.

“Ayah, Kri sayang ayah macam abah Kri sendiri,” kongsinya.

image is not available

Sayu kehilangan, Aliff sekeluarga bergegas pulang ke Kedah.

Warga maya menzahirkan ucapan takziah buat Aliff dan Nur Shahida sekeluarga. Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!