Pergi Mengopi Sebelum Konsert Mula, CNBLUE Kongsi Foto Lepak Di Bukit Bintang

Music
21 Apr 2024 • 10:40 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada tahun ini, ada banyak artis Korea yang akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert!

Terbaru pada 20 April, CNBLUE telah mengadakan konsert jelajah ‘CNBLUENTITY’, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Beberapa jam sebelum konsert berlangsung, 2 ahli iaitu Min-hyuk dan Jung-shin nampaknya sempat berjalan-jalan sekitar kawasan Bukit Bintang dan ada berkongsi banyak foto kenangan di laman Instagram mereka.

Menerusi hantaran yang dikongsi, kedua mereka bergambar di depan pusat beli-belah Pavilion dan menikmati kopi dari kedai ‘Bean Brothers’ serta ‘Ralph’s Coffee’.

Meninjau di ruangan komen, ramai rata-rata teruja dan kagum dengan rakyat di Malaysia kerana idola K-Pop popular itu boleh berjalan dengan tenang tanpa diserbu atau gangguan oleh peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 강민혁 KANG MIN HYUK (@mr_kanggun)

Sementara itu, konsert CNBLUE di Kuala Lumpur juga telah tamat dengan jayanya, selepas ribuan peminat hadir bagi memeriahkan konsert tersebut.

Haaa siapa yang pergi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.