‘Pergi Minta Maaf Dekat Ahmoi’, Netizen Panas Hati Lihat Mira Kembali Buat Live Di Tiktok

4 May 2023 • 1:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes curang antara View Chin dan Mira telah menjadi perhatian ramai di Malaysia.

‘Pergi Minta Maaf Dekat Ahmoi’, Netizen Panas Hati Lihat Mira Kembali Buat Live Di Tiktok. Baru-baru ini, terdapat kontroversi mengenai kes curang yang melibatkan seorang influencer terkenal, View Chin dan pekerjanya, Mira.

Kisah bermula apabila bekas isteri View Chin, Ah Moi mendakwa bahawa dia dan suaminya diganggu oleh orang ketiga yang merupakan pekerja di syarikat mereka sendiri. Pekerja tersebut juga telah diangkat sebagai ‘top host model’.

image is not available
‘Pergi Minta Maaf Dekat Ahmoi’, Netizen Panas Hati Lihat Mira Kembali Buat Live Di Tiktok

Netizen panas hati lihat Mira kembali aktif di IG tanpa sebarang kata maaf

Walaupun View Chin dan Mira menafikan dakwaan tersebut, Ah Moi mempunyai bukti dan akan menunjukkan di mahkamah. Walau bagaimanapun telah tular bahawa View Chin dan isterinya sudah berpisah pada tahun lepas.

Namun, apa yang membuatkan netizen panas hati apabila Mira kembali memuat naik video TikTok syarikat di laman Instagramnya, menunjukkan dia kembali aktif menjual pelbagai barangan. Dia juga masih mampu tersenyum dan bertindak seperti biasa.

Ramai yang tanya meera (kau ni tk ada perasaan ke! Kau ni tk tahu malu ke! Kau ni nk play victim ke! Kau ni sundal!) banyak kata kata negative yg meera dapat.

Meera ada silap meera & meera sedang perbetulkan silap meera, kecaman, hinaan & cacian. Semua ni sbb atas diri yg pernah buat silap, meera akan berubah utk yg lebih baik

Mental meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik

Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan & mendapat rezeki yg melimpah ruah ”

Kapsyen video terbaru Mira di Instagram

image is not available

Kedua-dua video Mira di laman IG telah menerima kecaman hebat netizen

Video tersebut mendapat kecaman ramai dari netizen yang masih geram dengan tindakan Mira. Ramai yang meminta dia untuk meminta maaf atas kesilapannya. Walau bagaimanapun, Mira masih belum meminta maaf dan ini telah menimbulkan kemarahan ramai.

Kontroversi ini semakin meruncing apabila video tersebut telah mencecah 226K tontonan dan mendapat 1.3K komen di Instagram. Netizen turut memberikan pendapat mereka dan ramai yang menghentam Mira kerana masih bersikap angkuh dan tidak mengambil berat akan kesilapannya.

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: