Perhatian Buat Pemilik Denza D9: Denza Malaysia Ubah Jadual Penyelenggaraan Dari 3 Bulan Kepada 1 Tahun

LocalCars
1 Jul 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

DENZA Malaysia mengumumkan penyelenggaraan berjadual pertama bagi kenderaan DENZA D9 kini ditetapkan pada 20,000 km atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu, bermula hari ini.

Sebelum ini, penyelenggaraan Denza D9 dilakukan pada 5,000 km atau tiga bulan (yang mana dahulu).

Perubahan ini mencerminkan keyakinan tinggi Denza terhadap ketahanan dan keupayaan kenderaan keluarannya, hasil daripada kejuruteraan serta pengeluaran termaju yang digunakan.

Keputusan untuk melanjutkan tempoh penyelenggaraan sebenarnya bertujuan untuk menawarkan lebih kemudahan dan menyumbang kepada pengalaman pemilikan yang lebih lancar.

image is not availableimage is not available

Selain itu, dengan mengurangkan kekerapan lawatan servis awal, pemilik akan mendapat lebih masa di jalan raya untuk menikmati kenderaan mereka.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. BhdEagle Zhao menyifatkan lanjutan tempoh bagi servis berjadual pertama itu sebenarnya membuktikan kualiti dan ketahanan yang ada pada setiap kenderaan Denza

"Kami amat berbangga dengan keunggulan kejuruteraan kami, yang membolehkan kami dengan yakin menawarkan kemudahan yang dipertingkatkan ini kepada pelanggan.

image is not available

"Langkah ini bukan sahaja menegaskan komitmen kami untuk memberikan pengalaman pemilikan bertaraf premium, tetapi juga mencerminkan keyakinan teguh kami terhadap kebolehpercayaan jangka panjang produk," katanya dalam satu kenyataan.