Perhatian, Jalan Di KL, Putrajaya Sudah Tutup

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Beberapa laluan di Putrajaya dan ibu negara ditutup bermula pukul 9.30 pagi ini bagi memudahkan pergerakan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan negara ke Malaysia.

Laluan yang terlibat ialah Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan, Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil dan Lingkaran Putrajaya.

Seterusnya, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dan Terowong SMART.

Turut terlibat Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Sultan Abdul Halim dan Jalan Sultan Iskandar.

image is not available

Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memaklumkan, penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara tersebut.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.