Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

LocalTechnology
19 Dec 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sudah melaksanakan pemakaian kamera badan (BWC) kepada anggota penguat kuasa bermula Isnin lalu.

Langkah itu diambil untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti semasa operasi penguatkuasaan di lapangan.

image is not available

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, berkata rakaman visual dan audio melalui BWC berfungsi sebagai bahan sokongan bukti yang sah.

"Pemakaian BWC juga bertujuan melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas," katanya.

Difahamkan, rakaman yang dibuat sepanjang masa tugas tidak boleh dimatikan tanpa kebenaran, jika berlaku, anggota akan disiasat.

Terdahulu, media tempatan melaporkan JPJ Selangor menerima 27 unit BWC untuk kegunaan petugas di barisan hadapan, khususnya Bahagian Penguatkuasa dan petugas kaunter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved