Perhatian: Lebuhraya KL-Seremban Tidak Ditutup, Kerja Pelancaran Rasuk Ditangguh

1 Jul 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PLUS Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menutup laluan Plaza Tol Sungai Besi bermula tengah malam ini. Untuk itu, kerja pelancaran rasuk jambatan sudah ditangguhkan.

PLUS Malaysia berkata, kerja-kerja pelancaran rasuk terpaksa ditangguhkan dalam memastikan pengguna lebuh raya terus menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

"PLUS ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan oleh pihak ketiga di Lebuhraya KL-Seremban berhampiran Plaza Tol Sungai Besi (KM309.7) yang dijadualkan pada 2 hingga 3 Julai 2025 telah ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

"Dengan penangguhan ini, tiada penutupan laluan akan berlaku dan semua lorong akan beroperasi seperti biasa," katanya di laman Facebook rasminya.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk aplikasi PLUS, X @plustrafik, Pembantu Maya PUTRI atau saluran media sosial rasmi PLUS.