

Chery Auto Malaysia secara rasmi mengumumkan kempen panggil balik bagi kenderaan model Omoda 5 (varian C dan H) di Malaysia berikutan kerjasama siasatan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), melibatkan pemeriksaan menyeluruh serta penggantian komponen terjejas tanpa sebarang kos kepada pemilik.

Semakan Nombor VIN dan Varian Terjejas
Chery Auto Malaysia mengesahkan bahawa kempen panggil balik ini khusus memfokuskan kepada kenderaan model Omoda 5 bagi varian C dan sahaja. Pihak syarikat sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan insiden yang menimpa sebuah kenderaan sebelum ini.
Pemilik kenderaan dinasihatkan supaya membuat semakan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) menerusi laman web rasmi Chery. Langkah ini penting bagi mengenal pasti sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kempen pemeriksaan tersebut.
Pemeriksaan Percuma Tanpa Kos Di Pusat ServisPelanggan yang terjejas akan menerima pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh tanpa dikenakan sebarang bayaran. Sebarang tindakan susulan atau penggantian komponen terjejas akan dilakukan secara percuma.
Selain itu, pemilik yang ingin mendapatkan ketenangan fikiran juga digalakkan berkunjung ke mana-mana pusat servis sah Chery. Pasukan teknikal syarikat sentiasa bersedia memberikan bantuan penuh kepada para pelanggan.
Jaminan Keselamatan dan Saluran PertanyaanPihak Chery Auto Malaysia menegaskan bahawa semua model pengeluaran semasa tidak terjejas di bawah kempen panggil balik ini. Mereka turut memohon maaf secara terbuka kepada pihak terjejas dan meletakkan aspek keselamatan pelanggan sebagai keutamaan tertinggi.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pemilik boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Chery Careline di nombor 03-9388 0888.
SEMAK DI BAWAH:




