Perhatikan laman Apple malam ini, iPad Gen-10 dengan USB-C bakal dilancarkan

Digital
18 Oct 2022 • 4:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perhatikan laman Apple malam ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, akan ada kemas kini terhadap barisan iPad mereka. Tiada sebarang majlis pelancaran akan diadakan. Sebaliknya, anda boleh perhatikan di ruang penerbitan media tentang iPad baharu ini.

Sekiranya pelancaran itu berlaku malam ini, jangkakan yang sesi tempahan awalnya akan berlangsung minggu ini dan tempahan akan dipenuhi seawal minggu depan.

image is not available
iPad Gen-9

Apakah yang akan Apple lancarkan?

Kemas kini yang boleh anda jangkakan adalah siri iPad termurah. Buat masa ini, anda boleh dapatkan iPad Gen-9 yang dijual pada harga bermula RM1,499 untuk varian RM1,499. iPad Gen-10 dijangka bakal menggunakan rekaan iPad Air, bermakna anda bakal nikmati panel paparan berbingkai nipis yang lebih baik.

image is not available
iPad Air

Kemudian, penganalisis juga menjangkakan yang iPad baharu ini akan gunakan sambungan USB-C. Ia mungkin sebahagian inisiatif Apple untuk kekal dalam pasaran Eropah. Di Eropah sana, semua telefon, tablet dan gajet elektronik diwajibkan untuk menggunakan USB-C sebelum 2024 dengan beberapa pengecualian.

Dengan kehadiran USB-C, nampaknya Apple Pencil Gen-1 menjadi semakin lapuk dan iPad Gen-9 adalah iPad terakhir yang menggunakan sambungan Lightning.

Berbalik kepada rekaan, seperti yang dikatakan tadi bahawa badan iPad Air akan digunakan. Jadi, anda akan terima tablet dengan panel LCD 10.2". Ketiadaan butang TouchID mungkin akan digantikan dengan FaceID.

image is not available
iPad Pro

Cip pemproses pula akan dinaik taraf daripada A13 Bionic kepada A14 Bionic. Cip tersebut adalah cip yang memperkasa siri iPhone 12.

Itu tentang iPad Gen-10. Satu lagi iPad yang bakal dikemas kini ialah siri iPad Pro. Cumanya kemas kini yang sangat minimum bakal anda perhatikan iaitu naik taraf cip pemproses M1 kepada M2. Lain-lain komponen katanya masih dikekalkan.

Dengan kadar tukaran wang USD ke MYR yang mencecah RM4.72, dijangkakan yang harga produk-produk baharu ini bakal naik mendadak. Sebagai perbandingan, iPad Gen-9 dijual pada harga bermla RM1,499 manakala iPad Pro M1 dijual pada harga bermula RM3,499.

Sumber: MacRumors, 2, 3